Resepi Pulut Berinti Warna-Warni
Bahan-bahan untuk beras pulut
1kg beras pulut
300g santan
3 sudu gula
1 sudu garam
3 jenis pewarna (hijau, kuning, merah) boleh juga guna pewarna kek
Caranya penyediaan Pulut Berinti Warna-warni
1. Garam, gula dan santan didihkan
2. Sebelum tu, Pulut direndam 1 jam atau lebih dalam bekas berasingan dengan warna yang kita mahu atau suka.
3. Kukus hingga masak. Angkat dan kacau dengan santan yang telah dimasak tadi. Kacau rata. Siap.
TIPS: Jika mahu pulut tahan lembut hingga esok, boleh kukus sekali lagi sehingga keluar wap.
Penyediaan Inti kelapa putih
200g kelapa muda parut, 200g gula, secubit garam dan daun pandan, sedikit air untuk masak kelapa. Masak atau kukus atas api sehingga lembut dan sebati.
Sumber : FB